My Photo
Metrowealth International Group, 03 7782 2299 No 20 Jalan PJS 5/28, PJCC Pusat Dagangan Petaling Jaya Selatan, 46150 Selangor Malaysia

Tuesday, May 14, 2013

#KenduriDoaSelamatYS Sabtu 18 Mei 2013


#KenduriDoaSelamatYS

Tempat   :      No 25 Taman Kota Impian, Yong Peng, Johor. 
Tarikh    :       18 Mei 2013 Sabtu
Masa     :        4.00pm – 6.30pm

Aturcara

4.00pm      - Ketibaan para tetamu & YSF
4.15pm      - Pendaftaran kehadiran tetamu & YSF
4.30pm      - Bacaan Doa
4.40pm      - Tetamu menjamu selera
5.00pm      - Ucapan ringkas dari Yana, En Samsudin & wakil YSF
5.15pm      - Tetamu menjamu selera
6.00pm      - Tetamu bergambar dengan Yana Samsudin
6.30pm      - Majlis Bersurai

P/S: AJK YanaSuperFriend akan berada di sini untuk #DaftarFamilyYSF 
& penjualan merchandise #YSF




Sunday, April 28, 2013

Jom semua..! #DaftarFamilyYSF

Jom isi borang kat bawah ni .. Semua peringkat umur boleh #DaftarFamilyYSF
Memandangkan ramai yg masuk, Admin akan berusaha poskan kad keahlian & barangan lain dalam tempoh 3 minggu dari tarikh korang email bukti pembayaran dan gambar ok :)


Langkah:

1. Masukkan RM50.00 ke akaun MAYBANK ( Enam Besar Niaga 5623 6611 6032 ) 
*Akaun YSF Sementara

2. Isi maklumat peribadi korang kat borang di bawah.

3. Emailkan resit slip pembayaran berserta nama penuh & gambar terkini korang ke admin@yanasuperfriend.com

4. Tweet Admin @YanaSuperFriend menggunakan hashtag #DaftarFamilyYSF memberitahu korang dah berdaftar *Terkecuali bagi yg tiada Twitter

5. Share pada semua kawan2 korang di FB, Twitter & Instagram menggunakan hashtag #DaftarFamilyYSF *Terkecuali bagi yg tiada FB, Twitter & Instagram

6. Korang akan menerima kad keahlian, email, baju YSF & button YSF seperti di bawah ini. *RM30.00 bagi yg hanya ingin daftar ahli kerana sudah mempunyai baju & button YSF

 
    • Contoh email : admin@yanasuperfriend.com  // syamilkedahawe@yanasuperfriend.com
#DaftarFamilyYSF Jika korang setuju dengan segala langkah diatas, isilah borang ini :)


Nama Penuh :
Nama Samaran :
Jantina Lelaki
Perempuan
Alamat Surat Menyurat :
No. Telefon :
No. Kad Pengenalan :
Twitter Id :
Facebook Id :
Email Diingini : @yanasuperfriend.com
Saiz Tshirt


This contact form was created by Freedback.


Tuesday, April 9, 2013

Thursday, March 7, 2013

Pekin, Fezrul rebut cinta Yana

Kosmo | Hiburan
Oleh Roni Hidayat Ridwan (roni.ridwan@kosmo.com.my)
7 Mac 2013

Cinta Di Hati Pekin, Yana , Fezrul.


                                   
Tiga orang pelakon, Fezrul Khan, Pekin Ibrahim dan Yana Samsudin bersatu di dalam sebuah filem cinta 3 segi. Tampak seperti klise, namun Cerita Kita punya kekuatan tersendiri. 

Filem Cerita Kita mengisahkan Kamal yang bekerja sebagai pencuci kereta mengambil keputusan untuk berubah atas nasihat yang diberikan oleh Ika, seorang gadis yang dicintainya dalam diam.
Kemudian konflik bermula dengan kehadiran Malek, seorang lelaki kaya yang juga rakan kepada Kamal turut mempunyai perasaan pasa Ika sejak kali pertama mereka bertemu.

Situasi tersebut menyebabkan Ika terpaksa membuat pilihan, sama ada memilih Kamal yang dikenalinya selama tiga tahun atau Malik yang dilihat mampu menjamin kehidupan masa depannya.
Kesudahan filem terbitan Metrowealth Pictures (Metrowealth) yang ke-74 itu akan dapat disaksikan apabila ia mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 7 Mac ini.

Yana Samsudin
 Mengulas lebih lanjut mengenai filem tersebut, pelakon Yana Samsudin selaku teraju utama menjelaskan, dia membawakan watak sebagai Ika iaitu seorang gadis biasa yang tinggal di rumah pangsa dan bekerja di kedai buku.

"Pada peringkat permulaan jalan cerita filem ini penonton akan melihat perwatakan Ika, seorang gadis yang periang. Namun, pada pertengahan cerita barulah penonton akan tahu Ika sebenarnya mempunyai keinginan untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa.

"Tidak dinafikan cerita mengenai percintaan tiga segi sudah banyak dipaparkan dalam drama atau filem, tetapi saya percaya penonton akan melihat kelainan dalam filem ini," ujarnya sewaktu menghadiri sesi fotografi bersama Kosmo! baru-baru ini.

Mengenai gandingannya bersama Pekin Ibrahim dan Fezrul Khan pula, pelakon itu menganggap ia sebagai satu gandingan yang mantap kerana kedua-dua mereka merupakan pelakon yang sangat bagus.

Ujarnya, sebelum ini dia sudah kerap berlakon bersama-sama dengan Fezrul, sebaliknya ini kali pertama dia dapat bergandingan dengan Pekin dalam filem.

"Sebenarnya banyak pengalaman yang saya lalui semasa berlakon bersama Pekin. Salah satu yang paling saya ingat ialah babak tampar yang membabitkan kami berdua.

"Pengarah filem ini iaitu Pierre Andre meminta Pekin menampar saya. Apabila saya ditampar secara tiba-tiba saya bertindak balas dengan menamparnya pula, sedangkan saya tidak diarahkan berbuat demikian," cerita Yana mengenai pengalaman lucunya semasa menjalani penggambaran.

Menurutnya, pengalaman dapat berlakon dengan Pekin merupakan suatu kenangan yang cukup istimewa kerana dia mengakui pelakon itu memang hebat dan berpengalaman luas.

"Sewaktu penggambaran berlangsung saya lihat Pekin seorang yang serius dan begitu komited dengan kerja, tetapi dia seorang yang suka berborak dan kami saling berkongsi pengalaman mengenai dunia lakonan," ujarnya



 
Artikel Penuh:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0307&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2MnJj1aqd . 

 

Tuesday, February 26, 2013

Yana Serba Boleh


Metro Ahad | Tranformasi Glam

oleh : Herlini Sina | selebritiS13